Kira-kira 200 peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah ini terlibat dengan pembersihan kawasan sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Pahang.

200 KAKITANGAN JPS PAHANG SAMBUT HARI AIR SEDUNIA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 27 MAC 2021 : Kira-kira 200 peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah ini terlibat dengan pembersihan kawasan sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, sambutan yang dijalankan secara serentak di seluruh negara dan bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat akan kepentingan air.

““Masalah pembaziran dan pencemaran terhadap penggunaan sumber air patutlah dielakkan kerana sungai-sungai ini yang akan menjadi sumber bekalan air utama untuk keperluan harian kita termasuk industri pertanian.

“Kearah itu juga, Kerajaan Negeri  telah mewartakan sungai dan rezabnya yang melibatkan 2,056 batang sungai sepanjang 11,960km untuk tujuan awam,” katanya pada Sambutan Hari air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Pahang 2021 di Taman Pinggiran Sungai Galing di sini hari ini.

Pengarah JAS Pahang, YH. Ir. Mohd Noor Bidin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah JAS Pahang, YH. Ir. Mohd Noor Bidin.

Menurut beliau, Negeri Pahang mempunyai lebihan air yang tinggi berbanding kadar permintaannya iaitu sebanyak 87.8 peratus.

“Berasaskan curahan  hujan tahunan di Negeri Pahang berjumlah 2,470mm setahun, 165mm atau 6.4 peratus daripadanya dapat ditakung melalui empangan, kolam dan lain-lain takungan.

“Daripada 165mm curahan hujan yang ditakung tersebut, cuma 12.2 peratus digunakan untuk keperluan permintaan domestik serta industri manakala 87.8 peratus adalah lebihan air.

“Jika 87.8 peratus lebihan air ini digunakan sebaik-baiknya, maka ianya berupaya menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Program dengan dengan slogan Jom Turun Sungai yang disusuli dengan aktiviti gotong royong, menanam pokok, dan mengecat kawasan taman ini adalah sebagai satu langkah untuk meningkatkan lagi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya untuk sama-sama menjaga serta memulihara sumber air dan sungai yang menjadi nadi kehidupan. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download