Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama pemenang kategori qari pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-64 Tahun 1442H / 2021M di Kuantan, malam tadi.

QARI MARAN, QARIAH JOHAN MENUNGGU JUARAI TILAWAH AL-QURAN NEGERI PAHANG  

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 25 MAC 2021 : Seramai 29 peserta termasuk seorang johan menunggu berentap merebut gelaran qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-64 Tahun 1442H / 2021M.

Majlis yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Swiss Bel, di sini disertai para peserta dari Kuantan, Maran, Pekan, Jengka, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut, Bentong, Raub, Muadzam Shah, Rompin, Lipis dan Cameron Highlands.

Bagi kategori qari, peserta dari Maran, Huzaifah Abdul Sukir telah dinobatkan sebagai johan dengan 85 markah, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula berkongsi 83 markah masing-masing dari daerah Bera iaitu Jalaluddin Hashim dan Cameron Highlands, Muhammad Ariffin Nordin.

Kategori qariah pula, johan menunggu Norhanani Ayob mendahului 14 peserta lain dengan markah 86.5, tempat kedua dari daerah Bentong, Siti Esah Ab Ghani dengan markah 81.50 dan tempat ketiga berjaya mengutip 80.50 markah dimiliki Siti Patimah Selaman dari Muadzam Shah.

Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama pemenang kategori qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-64 Tahun 1442H / 2021M di Kuantan, malam tadi.

Qari dan qariah seterusnya akan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 13-18 Jun 2021 di Kuala Lumpur.

Kesemua peserta diadili oleh 12 juri yang menilai pelbagai aspek termasuklah tajwid, fasahah, suara dan taranum.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewakili kekandanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; barisan Exco Kerajaan Negeri; Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Osman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download