Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika melakukan kunjungan ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang pada 16 Mac lalu yang terpaksa ditutup kerana berlaku penularan wabak COVID-19.

RUMAH KEBAJIKAN SANG RIANG BEROPERASI SEMULA

BERA, 22 MAC 2021 : Mesyuarat Task-Force COVID-19 Negeri Pahang telah memutuskan Pusat Jagaan Pertubuhan Pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang kini dapat beroperasi semula setelah ujian kedua swap test kepada 234 penghuni warga emas dan penjaga menunjukkan keputusan negatif.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, Kerajaan Pahang telah memutuskan perkara itu setelah penilaian menyeluruh dibuat setelah mengambilkira perkembangan keputusan terkini berkenaan.

“Kes ini bermula apabila lima kes positif yang dikenali sebagai kluster Jalan Warga Emas iaitu di pusat jagaan ini dikesan melalui saringan survelan yang dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah Bera pada 11 Mac 2021.

“Saringan ini melibatkan semua penghuni yang berumur 60 hingga 92 tahun dan penjaga iaitu seramai 265 orang. Kesemuanya kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang amat menghargai komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah serta sukarelawan yang terdiri dari anggota Pertubuhan Sukarela Kebajikan Daerah (PSKD Bera) yang telah menggantikan tugas penjaga-penjaga penghuni rumah kebajikan ini yang berjumlah 37 orang yang dikuarantin sebelum ini,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download