Antara mangsa banjir yang menerima sumbangan wang RM500 yang disampaikan oleh engerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar, semalam.

TERIMA KASIH YAB MENTERI BESAR PAHANG

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 5 MAC 2021: “Terima Kasih YAB Menteri Besar dan Kerajaan Pahang kerana memberi sumbangan ini,” itu luahan gembira penerima sumbangan wang tunai untuk mangsa banjir berjumlah RM500 daripada Kerajaan Pahang di dalam Dewan Negeri Bebar semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan wang ihsan berjumlah RM500 kepada seorang penerima di, Pekan semalam.

Menurut penduduk Kampung Acheh, Mohamad Naziri Razali, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebannya dalam membeli barang keperluan asas terutamanya selepas terjejas dalam kejadian banjir awal Januari lalu.

Mohamad Naziri Razali

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada Kerajaan Pahang dengan sumbangan ini. Dapatlah sedikit membantu saya membeli barang keperluan harian,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar.

Seorang mangsa dari Kampung Permatang Siput, Mardiana Latif berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri kerana memahami kesukaran yang dialami mangsa banjir.

Mardiana Latif

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diumumkan. .. Dapatlah kami mangsa membiayai keperluan-keperluan selepas banjir.

“Sumbangan itu juga dapat digunakan ketika kami masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19 ketika ini termasuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Bagi seorang lagi mangsa, dari Kampung Padang Rumbia, Razali Mat Tahir, sumbangan berkenaan disifatkan sebagai satu inisiatif yang sangat baik dari Kerajaan Negeri.

“Sumbangan ini adil bagi saya kerana yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pun dapat.

Razali Mat Tahir

“Sekarang musim wabak, jadi ada yang tidak sesuai tinggal di PPS dan terpaksa pindah di rumah anak atau saudara mara seperti pesakit kronik.. Alhamdulillah, Kerajaan Pahang tetap beri sumbangan,” katanya

Seramai 512 mangsa banjir di dalam Dewan Negeri Bebar menerima sumbangan wang ihsan berjumlah RM500 daripada Kerajaan Pahang semalam. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download