Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin pada Majlis Penyampaian Sijil Pili Bomba Peringkat Daerah Temerloh di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh.

85 MASJID DI TEMERLOH DISANITASI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

TEMERLOH, 16 OKTOBER 2020: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melaksanakan operasi sanitasi di 85 masjid di dalam kawasan Parlimen Temerloh dan Kuala Krau.

Pengarah JBPM Pahang, YS PKPjB Ir. Haji Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, sebanyak tiga balai bomba akan terlibat dalam operasi sanitasi berkenaan dan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Agama Islam Daerah, polis dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“JBPM sememangnya sentiasa bersedia untuk melakukan sanitasi termasuk di masjid, pusat membeli-belah dan sebagainya. Ada juga tempat-tempat berisiko sudah kita sudah sanitasi sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Sijil Pili Bomba Peringkat Daerah Temerloh di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, dekat sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin pada Majlis Penyampaian Sijil Pili Bomba Peringkat Daerah Temerloh di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin.

Beliau berkata, seramai 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh dan Mentakab terbabit dalam operasi berkenaan.

“Beberapa stesen minyak yang berisiko dalam kawasan Temerloh juga akan dilakukan operasi sanitasi dalam masa terdekat,” katanya.

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Temerloh sebelum ini mengeluarkan pekeliling pada Rabu lalu memaklumkan hanya ahli kariah sahaja dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di masjid dalam Daerah Temerloh. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 56 total views

Please follow and like us:
error
error: