Antara individu yang ditahan oleh AADK kerana kesalahan berkaitan dadah.

797 DITAHAN DALAM OPERASI AADK SEPANJANG PKP

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 11 NOVEMBER 2020: Seramai 797 ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang melibatkan semua daerah di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini.

Pengarah AADK Negeri Pahang, Puan Zirwatul Ahlam Zamzam berkata, daripada 797 yang ditahan dan dibuat saringan, seramai 629 didapati positif dadah.

Katanya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6 (APD 1983) dan akan dihadapkan ke mahkamah sebelum diputuskan sama ada dihantar ke pusat pemulihan atau diberi pengawasan komuniti.

Pengarah AADK Negeri Pahang, Puan Zirwatul Ahlam Zamzam.

“Sepanjang tempoh PKP baru-baru ini, AADK seluruh negeri telah mengadakan 228 operasi di semua daerah termasuklah 25 Ops Sepadu dan 19 Ops Cegah yang dijalankan di Kawasan Inisiatif Bersepadu (Rintis) melibatkan Felda Keratong 1, 3 dan 4,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain operasi di kawasan Rintis, pihaknya turut giat melakukan sebanyak 184 operasi di 10 daerah seluruh Pahang antaranya daerah Rompin dengan 44 operasi, 27 operasi di daerah Maran manakala Pekan dengan 24 operasi telah dilaksanakan.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah merampas semua barangan rampasan ketika operasi untuk siasatan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download