Anggota polis membuat pemantauan SOP PKPP di sebuah restoran di Pekan.

76 INDIVIDU, PREMIS PERNIAGAAN DIKOMPAUN DI PEKAN

Oleh: Fairus Mohd

PEKAN, 23 OKTOBER 2020: Sebanyak 76 kes melibatkan individu dan premis perniagaan dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi operasi di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Yusof berkata, enam pasukan Task Force COVID-19 terdiri daripada pegawai dan anggota polis, Pejabat Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Rela menjalankan operasi di 60 buah premis perniagaan.

Anggota polis membuat pemantauan SOP PKPP di sebuah premis di Pekan.

“Antara yang dikompaun ialah pemilik kedai runcit, bengkel motosikal serta kedai makan yang gagal mematuhi arahan iaitu tidak menyediakan penyukat suhu dan seterusnya gagal untuk mencatat suhu badan pelanggan yang hadir.

“Serbuan dilakukan di kawasan kedai makan mendapati segelintir pelanggan tidak mematuhi penjarakan fizikal di kawasan berkenaan sekaligus gagal mematuhi SOP dan protokol ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencegah penularan pandemik wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Superintendan Mohd Razli berkata, kompaun RM1,000 dikeluarkan mengikut Perkara 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No.7) 2020.

Anggota polis membuat pemantauan SOP PKPP di sebuah premis di Pekan.

“Pemilik premis dan pelanggan diingatkan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar tidak menghadapi sebarang tindakan oleh pasukan pemantau yang akan terus melaksanakan operasi.

“Begitu juga jika berada di tempat-tempat awam seperti pasar-pasar awam, pasar raya, pasar tani dan pasar malam yang dibenarkan beroperasi dengan SOP tertentu. Jadi, kekalkan kawalan kendiri dan terus patuh SOP untuk pastikan keselamatan diri dan keluarga,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: