65 ORANG PENGERUSI JKKK DAERAH KUANTAN MENERIMA WATIKAH PELANTIKAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 30 JANUARI 2020: Seramai 65 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) di empat buah Parlimen dalam daerah Kuantan menerima watikah pelantikan hari ini.

Empat Parlimen berkenaan adalah, Parlimen Kuantan, Parlimen Indera Mahkota, Parlimen Pekan dan Parlimen Paya Besar.

Pada majlis sama, mereka turut menerima RM500 elaun pertama bulan Januari serta mewakili JKKK masing-masing menerima sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM5,000 bagi membantu melancarkan urusan pentadbiran kampung dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda berkata, penubuhan semula JKKK ini mampu mengembalikan kecekapan susun atur pentadbiran sesebuah komuniti.

“Ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan segala pembangunan, kemajuan dan kemakmuran diurus secara lebih sistematik di mana mereka (Pengerusi JKKK) yang dilantik ini adalah individu telah diteliti layak untuk memastikan kemakmuran kampung sentiasa diambil berat oleh Kerajaan Negeri.

“Pada masa sama, kita harap agar semua yang dilantik akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan di peringkat kampung seterusnya memberi manfaat kepada semua rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Tahun 2020 dan Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang berlangsung di dewan seminar Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Hj Ab Hamid Mohd Nazahar.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: