Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampai sumbangan kepada seorang penerima.

51 PENERIMA TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG DAN AHLI PARLIMEN PEKAN

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 25 NOVEMBER 2020: Seramai 51 penerima dari kawasan Dewan Negeri (DN) Bebar menerima sumbangan berjumlah RM146,500 daripada Kerajaan Pahang dan Ahli Parlimen Pekan di Pusat Khidmat Rakyat DN Bebar di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sumbangan ini bagi meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan seperti pesakit kronik, ibu tunggal, baik pulih rumah, bantuan pendidikan, bantuan perniagaan, sumbangan untuk JKKK, aktiviti sekolah, masjid dan surau.

“Sumbangan ini membuktikan Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sememangnya kukuh dan mampu membela nasib rakyat. Malah ia juga tanda kasih sayang Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak buat penduduk di Pekan.

“Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pahang yang diterajui UMNO terbukti sentiasa menghulurkan bantuan dan mengambil berat malah tidak pernah rasa penat untuk membela nasib rakyat,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, dengan hasil pendapatan negeri yang semakin meningkat maka lebih ramai golongan yang memerlukan dapat diberi perhatian.

“Saya berharap rakyat sentiasa bersama-sama Kerajaan Pahang sama ada dikala susah ataupun senang. Teruskan memberi kepercayaan dan mandat demi kemajuan negeri serta membantu lebih ramai rakyat.

“Kerajaan Pahang tiada janji, tetapi lihatlah bukti apa yang telah dilaksanakan. Saya juga doakan semoga semua penerima sumbangan dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 947 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download