Wakil Kembara Sufi Production menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

500 KELUARGA TERJEJAS BANJIR TERIMA SUMBANGAN

KUANTAN, 25 JANUARI 2021: Seramai 500 buah keluarga yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda Pahang awal bulan ini telah menerima sumbangan daripada sebuah syarikat produksi, Kembara Sufi Production dengan nilai bantuan dianggarkan lebih RM50,000.

Menurut Penerbit Eksekutif Kembara Sufi Production, Ustaz Muhammad Al-Fadzil Hidzir, mereka terpanggil untuk membantu dan menghulurkan sumbangan kepada penduduk yang terjejas banjir di beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini.

“Bila kami sendiri turun sendiri ke beberapa kawasan yang terjejas, hati terus jadi sebak. Banyak harta benda yang musnah memandangkan banjir kali ini bukan sahaja membawa air tetapi lumpur. Ini yang menyukarkan lagi usaha pembersihan setelah surut banjir.

“Untuk mencuci lumpur pula, bukan mudah tambahan pula nak menghilangkan bau lagi. Ini cabaran yang terpaksa dihadapi oleh semua mangsa sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat pemindahan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Wakil Kembara Sufi Production menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

Katanya, pasukan Kembara Sufi turun ke beberapa kawasan yang dilandar banjir seperti Maran, Pekan, Bera dan Temerloh bagi mengagihkan barang-barang bantuan yang diperlukan seperti makanan asas, dapur gas, makanan kesihatan tambahan KS Legacy, alatan solat, wang ringgit dan beberapa barangan lain mengikut kesesuaian.

“Setiap daerah kita beri bantuan berbeza-beza melalui wakil. Di Maran misalnya, semua bantuan kami serahkan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN), YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

“Ada juga daerah yang kami berikan kepada pemimpin tempatan. Mereka jugalah yang akan memilih keluarga mana yang layak menerima. Ada kawasan kami turun sendiri,” katanya.

Beliau juga anak kelahiran FELDA Jengka 18, Maran berkata, di saat negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, sesiapa sahaja akan terkesan apabila didatangkan lagi dengan ujian lain. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download