Pegawai penguatkuasa membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Jalan Air Putih dan Jalan Haji Ahmad, Kuantan.

50 KOMPAUN DIKELUARKAN DALAM OPERASI BERSEPADU

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Latib
Foto: Ihsan MPK

KUANTAN, 28 FEBRUARI 2020: Sebanyak 50 kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu yang dilaksanakan di Jalan Air Putih dan Jalan Haji Ahmad di sini, semalam.

Menurut Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam satu kenyataan di laman Facebook, operasi ini membabitkan bebeberapa agensi termasuk MPK, polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Sebanyak 35 premis dilawati meliputi premis makanan seperti kios, restoran, siber kafe dan pusat hiburan. Daripada jumlah itu, sebanyak 50 kompaun dikeluarkan,” kata kenyataan itu.

Antara sebuah premis di Jalan Air Putih dan Jalan Haji Ahmad, Kuantan yang diperiksaan anggota penguatkuasa.

Menurut kenyataan itu lagi, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memperbaharui lesen, tidak memakai apron dan topi, iklan tanpa kelulusan, tidak menjaga kebersihan premis, membenarkan pekerja bekerja tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan dan meletakkan meja di kaki lima.

“Bagi kesalahan SSM pula adalah tidak membuat pendaftaran perniagaan dan tidak mempamerkan sijil SSM. Dalam operasi berkenaan juga turut membuat rampasan seperti dua meja makan, 12 kerusi bar, sembilan rak besi dan satu set karaoke . – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: