37 POLIS IPD KUANTAN DIKUARANTIN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 30 JANUARI 2021 : Seramai 37 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dikuarantin di kediaman masing-masing selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan seorang anggota yang positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata saringan ini dilakukan setelah seorang isteri anggota didapati positif.

“Hasil ujian swab anggota tersebut juga didapati positif sebelum kita meminta kesemua 37 pegawai dan anggota yang menjadi kontak rapat untuk menjalani ujian saringan tersebut.

“Hasil ujian swab pada Rabu lepas tersebut hanya seorang sahaja anggota yang didapati positif manakala 15 pegawai dan 21 anggota lain pula didapati negatif,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Ronda Cegah Jenayah dan Pemantauan Pematuhan Covid-19 di sekitar Kuantan, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak ini.

“Kita meminta orang ramai untuk menjaga SOP yang telah digariskan, mengikut arahan yang dikeluarkan dan menjaga diri supaya penularan wabak ini dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, saya melihat penularan wabak Covid-19 ini juga mula mendekati penjawat awam yang melakukan tugas, dan jika berlaku penularan ini pada kita, adalah sangat sukar kerana kita adalah petugas barisan hadapan,” katanya.

Tambah beliau lagi, kesemua anggota terlibat dengan kuarantin berkenaan akan mula bertugas semula dalam waktu terdekat ini setelah tamat tempoh kuarantin mereka. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download