Keadaan salah sebuah rumah mangsa yang dimasuki air dalam kejadian banjir kilat di Raub awal pagi tadi.

34 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE DUA PPS DI RAUB

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto: JKM Pahang

BUKIT TINGGI, 22 NOVEMBER 2020 : Seramai 34 mangsa banjir telah dipindahkan awal pagi tadi ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS Banjir Masjid Jamek Kuala Semantan dan PPS Banjir Kampung Sega Lama di Raub.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata, banjir kilat yang terjadi kira-kira pukul 9.30 malam itu telah menyebabkan kesemua mangsa meninggalkan rumah masing-masing.

“Kesemua mereka telah dipindahkan ke dua PPS di Semantan dan Sega di Raub sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Salah seorang mangsa banjir membuat pendaftaran apabila mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara selepas rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Raub awal pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas hadir pada Program Pemantapan dan Pengiktirafan NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Colmar Tropicale, di sini, hari ini.

Katanya, kejadian banjir kilat ini berlaku apabila air sungai masuk ke rumah mereka ekoran hujan lebat di kawasan terbabit.

“Sehingga kini, JKM masih lagi menjalankan siasatan terhadap jumlah kerosakan dan bantuan keperluan seperti selimut, kain batik, kain pelekat, tuala, tikar dan bencana kit telah diagihkan kepada semua mangsa,” katanya.

Encik Zulkhairi juga memaklumkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram bersama Pegawai Daerah Raub, Encik Mohammad Shahid Ismail telah turun melawat kesemua mangsa banjir di PPS terbabit pagi tadi. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 204 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: