Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Sentul, YB Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin (dua dari kanan) menyantuni mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran, malam tadi.

32 MANGSA BANJIR DI MARAN DIPINDAHKAN

Foto: FB DS Shahaniza Shamsuddin & FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang

KUANTAN, 2 JANUARI 2021: Seramai 32 orang terdiri daripada lapan keluarga dari Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila kediaman mereka dinaiki air petang semalam.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa dipindahkan ke PPS Balairaya Kampung Jara dan mangsa terdiri daripada lapan orang lelaki, 11 wanita, 13 kanak kanak dan dua bayi.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Sentul, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin (dua dari kanan) menyantuni mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran, malam tadi.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Sentul, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin bergegas ke PPS tersebut bagi menziarahi dan menyantuni mangsa lewat malam tadi selepas selesai majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Maran.

Menerusi Facebook beliau, Dato’ Sri Hajah Shahaniza berkata beliau bersama beberapa rakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran meluangkan masa bersama mangsa.

Anggota bomba melaksanakan operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran petang semalam.

“Saya dan beberapa rakan AJK Bahagian meluangkan sedikit masa menyantuni mereka yang dalam keadaan ditimpa musibah, sekurangnya dapat juga menenangkan perasaan mereka.

Keadaan sebuah lori yang hampir tenggelam akibat banjir yang melanda Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran, petang semalam.

“Syabas dan terima kasih kepada JKM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang telah membantu proses pemindahan dan menguruskan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu menerusi Facebook Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka bersama agensi penyelamat lain telah menjalankan operasi menyelamat mangsa termasuk mangsa yang sedang menjalankan aktiviti keagamaan di sebuah kuil.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,221 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download