Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (duduk kiri) bersama YB Dato' Haji Md. Sohaimi Mohamed Shah (duduk kanan), YB Tuan Haji Rosli Abdul Jabar (berdiri dua kanan) dan YB Lee Chin Chen (berdiri kanan) bergambar bersama selepas mengadakan pertemuan di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

29 ADUN PAHANG SETUJU ELAUN DIPOTONG 10 PERATUS UNTUK TABUNG COVID-19 PAHANG

KUANTAN, 26 MAC 2020: Seramai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Pas dan DAP menyatakan persetujuan membuat potongan 10 peratus elaun selama tiga bulan (April hingga Jun 2020) bagi Tabung COVID-19 Pahang.

Berdasarkan satu kenyataan yang dibuat bersama oleh YB Dato’ Haji Md. Sohaimi Mohamed Shah mewakili ADUN BN; YB Tuan Haji Rosli Abdul Jabar mewakili ADUN Pas dan YB Lee Chin Chen mewakili ADUN DAP, usaha itu sebagai manifestasi empati dan solidariti ADUN Pahang terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama YB Dato’ Haji Md. Sohaimi Mohamed Shah (tiga kanan), YB Tuan Haji Rosli Abdul Jabar (dua kanan) dan YB Lee Chin Chen (kanan) mengadakan pertemuan mengenai persetujuan 29 ADUN Pahang daripada BN, Pas dan DAP memotong elaun 10 peratus untuk Tabung COVID-19 Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

Beliau Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama YB Dato’ Haji Md. Sohaimi Mohamed Shah (tiga kanan), YB Tuan Haji Rosli Abdul Jabar (dua kanan) dan YB Lee Chin Chen (kanan) mengadakan pertemuan mengenai persetujuan 29 ADUN Pahang daripada BN, Pas dan DAP memotong elaun 10 peratus untuk Tabung COVID-19 Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

Menurut mereka ADUN-ADUN yang membuat potongan elaun terdiri daripada BN seramai 14 orang, PAS (8) dan DAP (7) manaka dua ADUN PKR tidak membuat potongan elaun namun membantu rakyat dengan cara lain.

Semalam, YAB Menteri Besar Pahang dan 10 Exco Pahang telah mengisytiharkan potongan gaji sebanyak 10 peratus selama tiga bulan untuk Tabung COVID-19 Pahang.

“Adalah diharapkan agar usaha ini mampu meringankan beban rakyat, dan menyemarakkan lagi sumbangan pelbagai pihak lain bagi Tabung COVID-19 Pahang,” kata mereka di sini hari ini. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: