Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan.

27 INDIVIDU, 11 PREMIS DIKOMPAUN LANGGAR PKPP

Oleh : Ain Nadhirah Basha


KUANTAN, 23 NOVEMBER 2020 : Seramai 27 individu dikenakan tindakan kompaun dalam pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) di negeri ini semalam.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memantau 1,379 kawasan di seluruh negeri ini yang melibatkan 84 pasukan pemantau.

“Bagi pemantauan oleh pasukan polis, kita telah mengeluarkan 27 kompaun kepada individu yang ingkar arahan PKPP dan sebanyak 11 premis juga telah dikenakan tindakan sama oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh yang sama.

“Pihak polis telah melakukan pemantauan di premis, kilang dan bank (815); tempat ibadah (51); pasar tani dan awam (39); tempat riadah (42); terminal bas dan teksi (19); dan tapak pembinaan (satu) selain turut memeriksa kenderaan (412),” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Beliau berkata tangkapan keseluruhan kerana ingkar arahan PKP di negeri ini bermula 18 Mac lepas sehingga semalam adalah sebanyak 1,365 orang.

“Daripada jumlah ini, jumlah keseluruhan yang dituduh di mahkamah bagi tempoh PKP dijalankan adalah bertambah kepada seramai 588 orang di negeri Pahang,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihak polis juga telah melaksanakan 16 sekatan jalan raya di negeri ini melibatkan 136 orang petugas.

Beliau berkata pihak polis juga telah menerima 874 permohonan borang permit pergerakkan harian dimana 848 permohonan diluluskan dan baki sebanyak 26 lagi ditolak. – PAHANGMEDIA

 423 total views

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download