Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH. Dato' Haji Halidan Md Daud (dua kanan) ketika hadir pada Majlis Sinergi Zakat dan Pemandu Grab di Kuantan, baru-baru ini.

26,977 BORANG TAKSIR ZAKAT DIEDAR

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 30 OKTOBER 2020 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengedarkan sebanyak 26,977 borang taksiran zakat kepada kakitangan awam dan swasta di negeri ini.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan Md Daud berkata, usaha itu dilakukan bagi melaksanakan arahan Wajib Taksir Zakat atau WTZ kepada golongan terbabit.

Pengedaran borang WTZ itu juga berikutan jumlah kutipan zakat tersebut adalah daripada sektor potongan gaji iaitu sebanyak RM44.2 juta daripada badan-badan korporat serta sektor perniagaan dengan sumbangan sebanyak RM25.3 juta.

“Borang-borang yang telah diedarkan seharusnya dipulangkan kembali selewatnya hari esok iaitu 31 Oktober 2020.

“Walau bagaimanapun kita hanya menerima pemulangan borang sekitar 23.1 peratus sahaja dan berharap individu yang menerima borang berkenaan dapat mengembalikan borang berkenaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang tidak membuat taksiran zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) pada sidang media pelancaran Program Sinergi Zakat dan Pemandu Grab di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, baru-baru ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan mendakwa individu yang tidak membuat taksiran zakat pada tahun 2018 dan 2019.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan peningkatan amaun kutipan zakat menerusi pelbagai saluran yang disediakan PKZ bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran zakat.

Kutipan ini akan dapat dinikmati golongan asnaf melalui agihan yang dilakukan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download