25 PREMIS DIKOMPAUN GAGAL KIBAR JALUR GEMILANG

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 26 Ogos 2020 – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengenakan tindakan kompaun berjumlah RM6,250 terhadap 25 premis di seluruh daerah ini kerana gagal mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Puan Norkamawati Kamal berkata, sehingga kini kesemua premis tersebut telah dikenakan kompaun berjumlah RM250 bagi setiap kesalahan kerana gagal mengibarkan Jalur Gemilang.

“Operasi ini telah dijalankan bermula 17 Ogos lalu sehingga 25 Ogos di sekitar Jalan Mahkota, Jalan Gambut, Jalan Bukit Ubi, Jalan Penjara, Jalan Teluk Sisek, Jalan Beserah, Jalan Kuantan-Gambang, Kempadang, Lorong Tun Ismail 6, Jalan Seri Kuantan 80, Lorong Sri Kuantan 80 dan Jalan Air Putih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, MPK memandang berat isu mengibarkan Jalur Gemilang ini terutama ketika berada di dalam bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos.

Pihaknya berharap agar pemilik premis di sekitar Kuantan mengambil serius semangat mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing bagi mengelak dikenakan kompaun pada operasi yang diadakan.

“Kesemua pemilik premis dikompaun di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana gagal mematuhi arahan yang ditetapkan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: