223 Atlet, Pegawai SUK Negeri Pantai Timur Berkampung Di Kuantan

KUANTAN : Seramai 223 atlet dan pegawai kontinjen SUK negeri Pantai Timur berkampung di bandar Kuantan sempena Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019, selama dua hari bermula esok.

​Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, pelaksanaan karnival sukan ini merupakan satu inisiatif bagi mengeratkan
ukhwah di antara tiga kerajaan negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Hubungan erat serta kerjasama antara tiga buah Kerajaan Negeri ini merupakan titik tolak kepada usaha untuk menghasilkan kakitangan kerajaan yang cerdas, cergas, berdisplin dan membina nilai-nilai positif melalui penglibatan dalam sukan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019 di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu, YB. Encik Wan Sukairi Wan Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Negeri Kelantan, YB. Haji Wan Roslan Wan Hamat dan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Beliau berkata, karnival sukan yang julung kali diadakan ini akan dilaksanakan secara dwi tahunan serta selain sebagai “pemanas badan” untuk ke Temasya Sukan SUK di Selangor tahun hadapan.

“Sebanyak lima acara sukan yang dipertandingkan dalam karnival sukan pada kali ini iaitu golf, ping pong, bola jaring, futsal dan badminton,” katanya.

 52 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *