Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato' Mohd Zakaria Ibrahim (tiga dari kanan) menyerahkan stok makanan kepada wakil penduduk Pulau Tioman.

21 TAN MAKANAN PERSEDIAAN PENDUDUK TIOMAN HADAPI MONSUN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Jefuddin Mohd Nasaha

PULAU TIOMAN, 29 OKTOBER 2020: Kerajaan Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menyerahkan 21 tan stok bekalan makanan bernilai RM190, 000 kepada 3,905 orang penduduk di sini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim berkata, penyerahan bekalan makanan tersebut adalah bagi membantu penduduk di kepulauan ini menghadapi Monsun Timur Laut tidak lama lagi.

Stok bekalan makanan yang akan diagihkan orang penduduk di Pulau Tioman bagi menghadapi musim monsun timur laut.

“Persiapan menghantar bekalan makanan ini dilakukan pada setiap tahun bagi memastikan penduduk di sini masih mempunyai bekalan makanan walaupun terputus hubungan dengan tanah besar pada musim tersebut.

“Bekalan ini akan diagihkan oleh ketua kampung serta ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) secara berperingkat kepada semua penduduk di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas menyempurnakan misi penghantaran bekalan makanan ke pangkalan hadapan Pulau Tioman di Kampung Mukut, Kampung Genting, Kampung Salang, Kampung Tekek dan Kampung Juara.

Stok bekalan makanan yang akan diagihkan orang penduduk di Pulau Tioman bagi menghadapi musim monsun timur laut.

Hadir sama, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, Encik Mohd Zairasyahli Syah Zakaria; Pegawai Daerah Rompin, Tuan Ahmad Nasim Dato’ Haji Mohd Sidek; Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Encik Mohd Nor Sabri Abdul Ghafar serta Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rompin, Encik Fazli Ismail.

Sementara itu, Dato’ Mohd Zakaria berkata, bekalan makanan yang dihantar merupakan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, sardin, biskut, garam, gula, teh dan kopi.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim (dua dari kanan) menyerahkan stok makanan kepada wakil penduduk Pulau Tioman.

“Bekalan yang disediakan mencukupi untuk menampung keperluan hingga tujuh hari bergantung kepada situasi monsun yang melanda nanti.

“Kita berharap agar inisiatif berterusan Kerajaan Pahang ini dapat mengurangkan beban penduduk yang terjejas akibat monsun serta tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan sepanjang musim berkenaan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: