Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat pemeriksaan suhu sebelum menduduki peperiksan di Maahaf Tahfiz Negeri Pahang di Kuantan hari ini.

20,765 CALON DUDUKI SPM DI PAHANG

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 22 FEBRUARI 2021: Seramai 20,765 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dalam suasana norma baharu susulan wabak COVID-19, bermula hari ini.

Kesemua pelajar berkenaan termasuk 675 calon persendirian menduduki peperiksaan di 226 buah pusat peperiksaan dan 25 buah pusat peperiksaan persendirian dibuka di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, setakat ini perjalanan peperiksaan SPM berjalan dengan baik dan lancar.

“Tiada masalah di mana semua bilik peperiksaan dibuka termasuklah tempat peperiksaan khas (bagi pelajar yang dikuarantin) di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS),” katanya.

Beliau berkata, walaupuan suasana berbeza, semua mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan seperti masuk dan keluar dari dewan peperiksaan mengikut ketetapan.

Tinjauan di beberapa buah sekolah di daerah ini mendapati pelajar yang hadir mematuhi SOP ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka.

Selain itu, pelajar dilihat turut mengisi borang deklarasi saringan kesihatan dan membuat saringan suhu seawal pukul 7.30 pagi sebelum dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download