Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 08 APRIL 2020: Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada nelayan di negeri ini.
Sumbangan berupa bakul makanan ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak kepada wakil daripada persatuan nelayan.
“Tujuan pemberian food basket (bakul makanan) kepada para nelayan yang terkesan ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) COVID-19 ini.
“Ini kerana PKP turut memberi kesan kepada golongan sasar seperti nelayan yang turut terjejas aktiviti harian mereka dan ini sudah tentunya memberi bebanan kepada mereka, nelayan dan keluarga,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bakul makanan kepada wakil persatuan nelayan di Pejabat LKIM Kemunting di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Andansura Rabu dan Pengarah LKIM Pahang, Rashima Baharudin.
Beliau berkata pihak LKIM telah mengenalpasti kira-kira 2,000 penerima bakul makanan ini yang mana mereka terdiri daripada nelayan pemilik zon A, dan awak-awak bagi zon B, C dan C2 di negeri ini.
“Bantuan yang diberikan ini merupakan bantuan bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak, telur dan sebagainya.
“Anggaran bilangan penerima bantuan ini adalah bagi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan seramai 754, PNK Nenasi (268), PNK Pekan (278), dan PNK Rompin (500),” katanya. – PAHANGMEDIA