Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan.

16 INDIVIDU INGKAR PKPP DIKENAKAN KOMPAUN

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 02 NOVEMBER 2020: Seramai 16 individu dikenakan tindakan kompaun dalam pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) di negeri ini semalam.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya telah memantau 1,701 kawasan di seluruh negeri ini yang melibatkan 116 pasukan pemantau.

“Bagi pemantauan oleh pasukan polis, kita telah mengeluarkan 16 kompaun kepada individu yang ingkar arahan PKPP dan sebanyak 14 premis juga telah dikenakan tindakan sama oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Pihak polis telah melakukan pemantauan di premis, kilang dan bank (926); tempat ibadah (123); pasar tani dan awam (46); tempat riadah (42); terminal bas dan teksi (22); dan tapak pembinaan (dua) selain turut memeriksa kenderaan (540),” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau berkata, tangkapan keseluruhan kerana ingkar arahan PKP di negeri ini bermula 18 Mac lepas sehingga semalam adalah sebanyak 1,362 orang.

“Daripada jumlah ini, jumlah keseluruhan yang dituduh di mahkamah bagi tempoh PKP dijalankan adalah seramai 587 orang di negeri Pahang,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihak polis juga telah melaksanakan 15 sekatan jalan raya di negeri ini melibatkan 94 orang petugas.

Beliau berkata, pihak polis juga telah menerima 598 permohonan borang permit pergerakkan harian.

“Daripada jumlah permohonan yang diterima, kita telah meluluskan 582 permohonan dan bakinya sebanyak 16 lagi ditolak,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: