Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang,YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ditemani YB. Tuan Haji Andansura Rabu menyerahkan Insentif Online SPM kepada salah seorang pengetua.

1,502 CALON SPM DEWAN NEGERI BESERAH TERIMA INSENTIF RM50

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 18 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang memperuntukan sebanyak RM75,100 bagi memberi insentif sebanyak RM50 seorang kepada 1,502 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dalam Dewan Negeri (DN) Beserah bagi pembelian data internet untuk pembelajaran secara online.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kesemua pelajar yang menerima sumbangan berkenaan adalah dari 10 buah sekolah dan maahad tahfiz di dalam DN Beserah.

“Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sangat prihatin apabila mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk diberikan bantuan kepada kira-kira 20,000 pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2020 di seluruh Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu mengamimkan doa pada Majlis Penyerahan Insentif Kepada Pelajar-Pelajar Yang Menduduki Peperiksaan SPM 2020 Negeri Pahang Peringkat Dewan Negeri Pahang di Balok di sini, hari ini.

“Dengan keadaan COVID-19 kini yang semakin meningkat, penggunaan data internet adalah sangat penting khususnya kepada calon SPM untuk pembelajaran secara online.

“Justeru saya harapkan usaha ini dapat memberi satu motivasi kepada anak-anak pelajar untuk lebih giat belajar untuk memastikan kecemerlangan dalam pelajaran mereka,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Insentif Kepada Pelajar-Pelajar Yang Menduduki Peperiksaan SPM 2020 Negeri Pahang Peringkat Dewan Negeri Pahang di Balok di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu.

10 buah sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah, SMK Semambu, SMK Pelabuhan, SMK Pelindung, SMK Air Putih, SMK Alor Akar, Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Kolej Vokasional Kuantan, Maahad Tahfiz Darul Ulum dan SMK Sungai Baging.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama YB. Tuan Haji Andansura Rabu bergambar beramai-ramai selepas Majlis Penyerahan Insentif Kepada Pelajar-Pelajar Yang Menduduki Peperiksaan SPM 2020 Negeri Pahang Peringkat Dewan Negeri Pahang di Balok.

Sementara itu, YB. Tuan Haji Andansura berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy kerana cakna kepada nasib calon SPM ini terutamanya untuk pembelajaran mereka di rumah.

“Diharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi dan semangat kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

“Saya juga harapkan pelajar dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dengan belajar bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang belajar di rumah menerusi atas talian dengan sebaiknya,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 943 total views,  9 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download