1,417 Individu Jalani Pemulihan Dadah Di Pahang

Oleh Shahrinnahar Latib

KUANTAN : Seramai 1,417 individu sedang menjalani pemulihan di enam pusat pemulihan dadah di seluruh negeri ini sehingga 7 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang merekodkan seramai 215 penghuni, PUSPEN Raub (364 penghuni), PUSPEN Sungai Ruan (230 penghuni), PUSPEN Benta (311 penghuni), PUSPEN Karak (172 penghuni) dan Klinik Cure & Care Jerantut (125 penghuni).

“Di Pahang juga terdapat tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menguruskan pusat pemulihan dadah persendirian.

“Tiga NGO itu adalah KOMITED Malaysia DIC yang menempatkan 121 individu, Geha Bodhi Care Centre (10 individu) dan Persatuan Kebajikan Karisma Malaysia (KARISMA) seramai lapan individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin pada sesi soal jawab Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Sebelum itu, YB. Encik Mohd Zakhwan bertanyakan mengenai jumlah pusat pemulihan dadah yang terdapat di Pahang dan jumlah penghuninya.



 30 total views,  2 views today

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *