1,417 Individu Jalani Pemulihan Dadah Di Pahang

Oleh Shahrinnahar Latib

KUANTAN : Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini membabitkan pengambilan tanah seluas 978.771 hektar, setakat 30 Oktober lalu.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu pengambilan Tanah Kerajaan Negeri membabitkan seluas 379.184 hektar, Tanah Milik (542.58 hektar), Rizab Hutan (44.074 hektar) dan Tanah Persekutuan (12.929 hektar).

“Kerajaan Negeri bersetuju meneruskan semula pengambilan tanah bagi Projek ECRL yang ditangguhkan sejak 3 Julai lalu.

“Projek ini membabitkan status Tanah Kerajaan, Tanah Milik Penduduk dan Tanah Hutan Simpan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, YB. Encik Mohd. Sofian Abd Jalil pada sesi soal jawab Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.

Sebelum itu, Encik Mohd. Sofian bertanyakan mengenai status tanah di negeri ini bagi menjayakan Projek ECRL.

Media sebelum ini melaporkan, Projek ECRL bernilai RM44 bilion dilancarkan semula pada Julai lalu selepas ditangguhkan oleh Kerajaan Persekutuan tahun lalu.

Projek ECRL yang baharu dilancarkan itu kini merangkumi jajaran sepanjang 640 kilometer dengan 417 kilometer atau 65.2 peratus daripadanya mengalami perubahan jajaran.



1,417 Individu Jalani Pemulihan Dadah Di Pahang

 24 total views,  2 views today

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *