Seramai 14 individu menerima surat tawaran pelantikan bagi tiga jawatan pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan Jawatan di Dewan SUK Pahang, di sini.

14 INDIVIDU TERIMA SURAT TAWARAN PELANTIKAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 24 JULAI 2020: Seramai 14 individu menerima surat tawaran pelantikan bagi jawatan Penghulu Gred NP29, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan Jawatan di Dewan SUK Pahang, di sini semalam.

Penyampaian surat tawaran pelantikan jawatan ini dilakukan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Pahang, YH. Dato’ Indera Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH. Dato’ Haji A. Rahim Noh.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Pahang, YH. Dato’ Indera Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar

Sementara itu, YH. Dato’ Indera Haji Mohamad Ridzwan menyampaikan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik dan menyifatkan ianya amanah yang datang dari Allah SWT.

“Jawatan adalah satu amanah yang berat perlu dipikul dan kita telah diberi kepercayaan dengan izin Allah SWT.

” Amanah ini perlu dilaksanakan dengan penuh integriti serta nilai murni antaranya jujur, benar, amanah, adil bertangggungjawab, telus, tekun dan cekap,” katanya.

Antara penjawat awam baru yang hadir menerima surat tawaran pelantikan jawatan

Katanya lagi, sebagai penjawat awam baru perlu tahu setiap peraturan dalam pentadbiran awam dan tentang kerja masing-masing.

“Setiap jawatan ada peraturannya, penghulu ada peraturannya..bahagian pentadbiran ada peraturannya. Kita perlu tahu dan cekap menguruskan kerja yang diberikan.
Kerja juga seperti satu pertandingan dalam memberi perkhidmatan cemerlang selain kepentingan menjaga keperluan lain seperti etika berpakaian.

“Jangan sesekali terjebak dengan dadah, rasuah, penyelewengan, gejala tidak bermoral serta apa sahaja salah lakuyang merosakkan reputasi diri, jabatan, agama bangsa dan negara,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download