Kejadian ribut yang berlaku di Indera Mahkota 2, malam semalam. Credit foto: Aadda Syuhada Wan Musa

134 MANGSA TERLIBAT RIBUT DI INDERA MAHKOTA 2

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 30 OKTOBER 2020 – Seramai 134 mangsa daripada 36 keluarga terlibat dalam kejadian ribut yang berlaku melibatkan kawasan Indera Mahkota 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebanyak 37 rumah juga dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang berlaku pada jam 8 malam dan berakhir kira-kira 9 malam.

Kejadian ribut yang berlaku di Indera Mahkota 2, malam semalam. Credit foto: Aadda Syuhada Wan Musa

“Kebanyakan rumah mengalami kerosakan bumbung dan kawasan terlibat di lorong IM2/46, IM2/47 dan IM2/48,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian ribut itu berlaku beserta hujan lebat di kawasan pesisir pantai daerah Kuantan turut menyebabkan kejadian pokok tumbang.

Kejadian ribut yang berlaku di Indera Mahkota 2, malam semalam. Credit foto: Aadda Syuhada Wan Musa

Menurutnya, dalam kejadian itu juga satu kecederaan melibatkan seorang pelajar tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kerana terlanggar pokok tumbang.

Kejadian ribut yang berlaku di Indera Mahkota 2, malam semalam. Credit foto: Aadda Syuhada Wan Musa

“Kebanyakan mangsa masih berada di rumah masing-masing dan menumpang di rumah keluarga sementara menanti rumah dibaiki.

“Manakala bantuan keperluan asas akan diusahakan bagi setiap mangsa yang terlibat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: