Seramai 131 pesakit COVID-19 bukan warganegara tiba di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan dengan menaiki lima buah bas dan dua van pada jam 10.35 malam ini.

131 PESAKIT COVID-19 BUKAN WARGANEGARA TIBA DI SUKPA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim & Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 11 DISEMBER 2020 : Seramai 131 pesakit COVID-19 bukan warganegara yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) tiba pada jam 10.35 malam ini.

Kesemua pesakit Kluster Genting tersebut dibawa menggunakan lima buah bas dan dua buah van dari Bentong dengan dikawal ketat oleh pihak polis.

Seramai kira-kira 90 anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan untuk berkawal dalam tempoh 24 jam di sekitar kawasan pusat kuarantin berkenaan.

Selain itu, beberapa sekatan jalan raya di kawasan berdekatan SUKPA juga akan diperketatkan bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk.

Penggunaan SUKPA sebagai pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) adalah kerana stadium itu mempunyai kemudahan asas yang mencukupi untuk merawat kes-kes COVID-19 asymptomatic atau dengan gejala ringan dalam jumlah yang besar.

Selain itu, stadium ini juga berdekatan dengan hospital berpakar iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Sultan Ahmad Shah Medical Centre University Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC) Kuantan yang mempunyai kepakaran dan peralatan yang mencukupi untuk rawatan kes-kes kritikal. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download