Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Abd Muttalib (tengah) pada Program Sanitasi Awam di sekitar bandar Maran.

1,291 OPERASI SANITASI DI 85 ZON DILAKSANAKAN

MARAN, 12 APRIL 2020: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan 1,291 operasi sanitasi di 85 zon termasuk di 24 zon merah sehingga Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Abd Muttalib berkata, operasi memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini.

“Kerja satinasi dijalankan pelbagai agensi kerajaan secara kolektif itu akan dilaksanakan sehingga kawasan itu benar-benar bebas daripada Covid-19.

“Setakat ini (Jumaat), kita sudah melakukan sanitasi di 1,291 kawasan. Ia membabitkan 24 zon merah, 16 zon jingga dan 46 zon kuning.

“Operasi termasuk sanitasi di 804 bangunan kerajaan, 665 tempat awam, 58 pusat perniagaan, 107 pasar dan 37 pasar raya serta Bangunan Perumahan Rakyat (BPR),” katanya selepas melakukan tinjauan Program Sanitasi Awam di sekitar bandar Maran, semalam.

Beliau berkata, kementerian juga memperluaskan operasi sanitasi ke Pogram Perumahan Rakyat (PPR) yang berada di zon merah dan jingga.

“Sanitasi di zon merah akan diberi tumpuan khasnya di lokasi yang padat dengan penduduk selain menjadi tumpuan ramai,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: