Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
KUANTAN, 18 JANUARI 2021: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah daerah terjejas menurun kepada 1,275 mangsa setakat ini.
Jumlah yang direkodkan sehingga 3 petang itu melibatkan 362 keluarga yang ditempatkan di 17 PPS yang masih beroperasi di daerah Kuantan, Maran dan Pekan.
Jumlah itu menunjukkan penurunan yang ketara berbanding semalam iaitu membabitkan seramai 3,107 mangsa daripada 862 keluarga yang dipindahkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pekan menunjukkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan di PPS dengan iaitu seramai 873 orang daripada 265 keluarga yang dipindahkan di 12 PPS.
Ia diikuti daerah Kuantan dengan 380 mangsa daripada 90 keluarha yang dipindahkan di dua PPS dan Maran dengan 22 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan di dua PPS. – PAHANGMEDIA