Belia yang menyertai Persidangan Belia Dewan Negeri Pahang 2020 di Wisma Sri Pahang di Kuantan.

122 BELIA SERTAI PERSIDANGAN BELIA PAHANG 2020

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 27 FEBRUARI 2020: Seramai 122 belia dari seluruh Negeri Pahang menyertai Persidangan Belia Dewan Negeri Pahang 2020 yang diadakan selama dua hari, bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 49 adalah peserta, 19 pengiring dan 53 pemerhati.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang hadir pada Majlis Minum Pagi Bersama Peserta Persidangan Belia Dewan Negeri Pahang di Dewan SUK Pahang, di sini, pagi tadi.

Menerusi akaun Facebook miliknya, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, persidangan ini merupakan platform kepada para belia negeri ini untuk membahaskan isu-isu berkaitan pembangunan belia dari peringkat akar umbi.

Antara belia yang terbabit dalam Persidangan Belia Dewan Negeri Pahang 2020 di Wisma Sri Pahang di Kuantan.

Persidangan yang berlangsung itu diadakan di Dewan Negeri Pahang, Wisma Sri Pahang dengan melibatkan peserta berusia 18 hingga 35 tahun terdiri daripada Majlis Belia Negeri Pahang, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah.

Sepanjang dua hari persidangan itu, para peserta juga dikehendaki membahaskan 10 tajuk yang disediakan merangkumi aspek pembangunan, perundangan, pendidikan, sukan, perpaduan, kebudayaan, keagamaan dan sains teknologi.

Persidangan belia yang dianjurkan ini antara lain bertujuan meningkatkan pengetahuan belia dan membuka peluang perkongsian idea serta aspirasi belia ke arah mewujudkan kesejahteraan.

Antara lain ia juga bertujuan memberi kefahaman kepada belia tentang perundangan dan dasar pentadbiran negara.

Di samping itu, ia juga bertujuan agar belia lebih memahami konsep Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan kedaulatan undang-undang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: