Seramai 12 keluarga masyarakat kaum India di Taman Sri Mahkota, Batu 12 di sini menerima sumbangan Deepavali dari pejabat Dewan Negeri Lepar

12 KELUARGA KAUM INDIA BATU 12 GAMBANG DIBANTU MENJELANG DEEPAVALI

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 11 NOVEMBER 2020: Seramai 12 keluarga masyarakat kaum India di Taman Sri Mahkota, Batu 12 di sini menerima sumbangan Deepavali dari pejabat Dewan Negeri Lepar, semalam.

Sumbangan berupa barang keperluan termasuk kuih muruku itu bagi meraikan dan meringankan beban masyarakat kaum India di situ untuk menyambut Hari Deepavali.

Menurut Ahli Dewan Negeri Lepar, YB Dato’ Abd Rahim Muda, sumbangan telah disampaikan oleh wakil pejabat DN Lepar, En. Mat Ali Mamat dengan kerjasama Pertubuhan India Prihatin Pahang.

Antara barangan sumbangan Pejabat Dewan Negeri Lepar kepada Kaum India sempena Deepavali

“Walaupun saya tidak dapat hadir kerana urusan kerja, namun saya sentiasa mengambil berat berkenaan mereka, malah saya juga meminta wakil pejabat Dewan Negeri untuk meraikan kanak-kanak yang tiada ibu bapa di rumah kebajikan yang terletak di sini dan mengambil maklum apa jua perkara permasalahan mereka.

“Saya berharap sumbangan barang keperluan dan muruku ini serba sedikit meringankan beban dan menceriakan mereka bagi menyambut Hari Deepavali, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua kaum India dalam Dewan Negeri Lepar,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: