YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika melancarkan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan

1,146 KOPERASI DI PAHANG CATAT PEROLEHAN KOPERASI RM970 JUTA

Oleh: Nur Farahin Rosli
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 10 JULAI 2023 : Sebanyak 1,146 koperasi dengan 302,000 anggota berjaya merekodkan perolehan kira-kira RM970 juta sehingga Disember 2022.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB. Datuk Ewon Benedick berkata, Pahang mencatatkan pendapatan koperasi kedua tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Sebanyak 10 buah koperasi di negeri Pahang yang tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi tahun 2022.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB. Datuk Ewon Benedick

“Antara koperasi di Negeri Pahang yang berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan adalah Koperasi Serbaguna Dara Berhad yang menduduki tangga ke-17 dengan perolehan sebanyak RM39.1 juta dan Koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad yang menduduki tangga ke-45 dengan perolehan berjumlah RM17.9 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK23) bertempat di Dewan Bandaraya, Kompleks Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Kuantan, pagi tadi.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Haji Abdullah;serta Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Ir. Tuan Razali Kasim.

Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan yang julung kali diadakan di negeri ini sebagai tanda pengiktirafan kepada negeri Pahang yang telah banyak memberi sokongan kepada gerakan koperasi negara telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram