Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
KUANTAN, 4 JANUARI 2021: 11 buah sungai di Pahang mencatatkan peningkatan paras air pada tahap bahaya setakat jam 12 tengah hari ini.
Berdasarkan laporan publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis melepasi paras bahaya iaitu 86.32 meter (m) berbanding paras bahaya 84.5m, PKGK Kuala Gandah 59.29m (59 m paras bahaya), Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan 31.74m (30m paras bahaya) dan Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis 62.52 (62m paras bahaya).
Selain itu, Sungai Lipis di Batu Malim, Raub mencatatkan bacaan 116.35m melebihi 114.80m paras bahaya, Sungai Jelai di Bukit Betong 73.09m (72 paras bahaya), Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis 85.83m (84.5m paras bahaya) dan Sungai Tembeling di Kuala Tahan 69.81m (68m paras bahaya).
Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran juga mencatatkan bacaan 19.12m berbanding paras bahaya 19m, Kuala Sungai Chini, Pekan 15.03m (14.9m paras bahaya), Sungai Kuantan di Pasir Kemudia 8.37m (3.5m paras bahaya) dan Sungai Kuantan di Kuantan Bypas 4.03m (3.5m paras bahaya).
Dua lagi sungai pula mencatatkan paras amaran iaitu Sungai Pahang di Temerloh 31.88m (31m paras amaran) dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan 4.65m (4m paras amaran).
Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir. – PAHANGMEDIA
6,164 total views, 12 views today