Ketua Polis Pahang, Dato' Abd Jalil Hassan.

11 PREMIS, 2 INDIVIDU DIKOMPAUN HARI KEDUA PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SOP PKPP.

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 03 OGOS 2020 : Pihak polis telah mengeluarkan kompaun kepada 11 premis dan dua individu yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) Pemulihan pada hari kedua penguatkuasaan dijalankan di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Abd. Jalil Hassan berkata, kompaun yang dikeluarkan ini bukan sahaja di atas kesalahan berkaitan pemakaian pelitup muka tetapi turut melibatkan garis panduan pematuhan SOP yang sedia ada.

“Kesemua yang diberikan kompaun ini bukan berkaitan pemakaian pelitup muka sahaja tetapi turut melibatkan sebab berbeza berkaitan pematuhan SOP.

“Mereka ini tidak ikut SOP yang dikeluarkan. Mereka tiada jarak fizikal, tiada hand sanitizer di premis, tidak sediakan face mask, pekerja-pekerja tidak didaftarkan, serta tidak mempunyai kod QR,” katanya.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Tangkapan Dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi premis yang tidak mengikuti SOP PKPP bagi mencegah penularan COVID-19, pemilik premis juga akan turut dikenakan kompaun.

“Bagi premis yang dikompaun, pekerja kena (kompaun), owner (pemilik) pun kena (kompaun) juga.

“Ini sebab owner (pemilik) tidak mengambil berat tentang kewajiban pekerja-pekerja untuk memakai pelitup muka secara betul,” katanya.

Mengulas mengenai penularan kompaun yang dikenakan kepada individu yang sedang mengisi minyak di negeri ini, beliau berkata, pemakaian pelitup muka adalah wajib di tempat awam.

“Pada pandangan saya, paling senang, diwartakan memakai pelitup muka di tempat awam. Stesen minyak diwartakan sebagai tempat awam dan orang awam berhak untuk pergi ke stesen minyak. Dan kes di stesen minyak itu, kita bagi amaran sahaja bukan saman.

“Pihak berkuasa juga tidak ada kompromi sebab kita nak beri pengajaran kepada orang ramai untuk menjadikan pemakaian pelitup muka ini sebagai norma baharu dalam kehidupan kita seharian,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membawa dan memakai pelitup muka di tempat-tempat awam agar mereka tidak dikenakan tindakan kompaun oleh pihak berkuasa sama ada polis atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Pakailah pelitup muka kerana mengikut kajian yang diperolehi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, pemakaian pelitup muka ini, peratus untuk dijangkiti wabak COVID-19 adalah kurang.

“Pakailah pelitup muka di tempat-tempat awam sebab kita nak elakkan kluster yang mungkin akan wujud di negeri Pahang ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: