Sukarelawan membantu membersihkan rumah penduduk di Kampung Kuala Kenong di Lipis.

11 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN KPLB

Oleh: Fansurina Abdullah

LIPIS, 21 OKTOBER 2020: Sebanyak 11 keluarga dari Kampung Kuala Kenong di sini menerima sumbangan dan bantuan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lipis baru-baru ini.

Program Mesra Rakyat Komuniti Sejahtera tersebut telah disempurnakan oleh wakil kepada Timbalan Menteri 1 KPLB, YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad iaitu Datin Sri Hajjah Nora Ibrahim.

Datin Sri Hajjah Nora Ibrahim (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima di Kampung Kuala Kenong di Lipis.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada kakitangan KEMAS Daerah Lipis dan ahli UMNO Bahagian Lipis bagi menjayakan gotong-royong di sekitar Kampung Kuala Kenong.

Program ziarah itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan sesama penduduk dan pemimpin serta mengagihkan bantuan berupa barangan keperluan dapur serta makanan kepada penerima.

Sukarelawan membawa bantuan untuk penerima di Kampung Kuala Kenong di Lipis.

Pada majlis sama turut disampaikan bantuan rumah kepada seorang penerima, Encik Wan Chik Wan Lah, 74, kerana rumahnya telah usang dan mengalami pelbagai kerosakan serta terpinggir di hujung kampung.

Justeru, YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman telah menyumbangkan bantuan rumah kepada Encik Wan Chik dan dibina hasil gotong-royong ahli UMNO Lipis.

Program selama dua hari itu turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Pahang, Encik Mohd Farid Mohd Nor dan kepimpinan UMNO Bahagian Lipis. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: