Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dewan Negeri (DN) Jelai di Kampung Keledek, Lipis.

100 RUMAH RAKYAT PAHANG AKAN DIBINA TAHUN HADAPAN

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 3 DISEMBER 2020: Sebanyak 100 buah rumah akan dibina dalam projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) di negeri ini pada tahun hadapan oleh Kerajaan Pahang berbanding 98 buah pada tahun ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri akan menambah sebanyak dua buah rumah menjadikan jumlah keseluruhan rumah RRP yang akan dibina pada tahun hadapan 100 buah.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Tahun hadapan kita akan teruskan projek Rumah Rakyat Pahang ini tapi dengan tambahan unit menjadikan keseluruhan rumah yang akan dibina adalah 100 buah.

“Anggaran peruntukan bagi pembinaan RRP fasa kedua ini adalah sebanyak kira-kira RM7 juta kesemuanya daripada Tabung Rakyat Pahang dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dewan Negeri (DN) Jelai di Kampung Keledek, di sini, hari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika meninjau Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dewan Negeri (DN) Jelai di Kampung Keledek, Lipis.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram; Setiausaha Bahagian (Bahagian Perumahan), YH. Dato’ Azlan Mohd Yaman; Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB. Tuan Ir. Razali Kassim; ADN Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long; ADN Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong; dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Beliau berkata, kesemua rumah RRP fasa kedua ini akan mula dibina Januari tahun hadapan dan akan dipastikan siap pada tahun berkenaan.

“Bagi rumah yang dibina tahun ini, kita umum pembinaan pada Februari dan pada bulan ini ada yang dah siap dan bakinya lebih daripada 90 peratus di mana bila-bila masa boleh siap.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda ketika meninjau Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dewan Negeri (DN) Jelai di Kampung Keledek, Lipis.

“Jadi kita akan pastikan rumah RRP yang akan di bina pada tahun hadapan ini siap juga pada tahun 2021,” katanya.

YAB Menteri Besar dalam majlis yang sama turut menyampaikan Insentif Pembelajaran Secara Atas Talian Bagi Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kepada 141 pelajar di DUN Jelai sebanyak RM7,050. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 896 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download