Oleh: Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 04 JANUARI 2021: 10 stesen melibatkan empat sungai di negeri ini merekodkan bacaan aras air harian pada paras berbahaya setakat laporan pada jam 7.30 malam hari ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang dalam satu hantarannya di Facebook melaporkan 10 stesen terbabit adalah di Sungai Jelai (Kampung Medang, Bukit Betong dan Jeram Bungor); Sungai Tembeling (Kuala Tahan); Sungai Pahang (Lubuk Paku, Kuala Chini dan Paloh Inai); Sungai Kuantan (Pasir Kemudi dan Kuantan By Pass).
Menurut hantaran tersebut juga terdapat sembilan buah stesen di empat sungai menunjukkan peningkatan pada bacaan paras air berbanding sebelum ini.
Stesen terlibat adalah Sungai Jelai (Bukit Betong, Jeram Bungor); Sungai Pahang (Sungai Yap, Lubuk Pasu, Chenor, Lubuk Paku dan Paloh Inai); Sungai Kuantan (Sungai Lembing) dan Sungai Triang (Jambatan Triang).
Sementara itu, enam buah stesen melibatkan lima buah sungai direkodkan mengalami penurunan bacaan paras air melibatkan Sungai Jelai (Kampung Medang); Sungai Pahang (Pekan); Sungai Belat (Sri Damai); Sungai Kuantan (Pasir Kemudi dan Kuantan By Pass) serta Sungai Cherating (Cherating).
Setakat ini tiga stesen iaitu Lubuk Pasu dan Chenor di Sungai Pahang dan Sri Damai di Sungai Belat berada pada tahap amaran.
Enam stesen lagi iaitu Pekan (Sungai Pahang), Sungai Lembing dan Bukit Kenau (Sungai Kuantan), Cherating (Sungai Cherating), Sungai Pukin (Sungai Rompin), dan Tanjung Gemok (Sungai Endau) berada pada paras normal. -PAHANGMEDIA